Wednesday, September 12, 2007

DALIL BERKENAAN WASIAT

“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya”. (Surah Al-Baqarah : 180)
“Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”. Hadis Rasulullah S.A.W (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apabila seseorang itu meninggal, adalah wajib bagi yang masih hidup menyempurnakan salah satu hak si mati iaitu: Hak Allah


Ia bermaksud segala hutang si mati kepada Allah, seperti zakat, menunaikan haji fardu, pembayaran pelbagai kaffarah (tebusan) seperti kaffarah sumpah, dzihar, jimak ketika dalam ibadat puasa Ramadan atau dalam ihram haji atau umrah, membunuh nyawa dan sebagainya.
Perlu diingat, antara hutang zakat dan haji, hendaklah didahulukan zakat. Jika tidak ada baki wang setelah menunaikan zakat, maka hutang haji gugur terhadap diri si mati. Selanjutnya terpulanglah kepada waris atau sesiapa sahaja yang berniat untuk menghajikan si mati dengan ongkos mereka sendiri, jika mereka mahu.
Melunaskan hutang kepada Allah wajib didahulukan daripada hutang kepada manusia.


Pesan Rasulullah: Wajib Bayar Hutang Walaupun Meninggal


DARIPADA Abu Hurairah katanya: ”Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu, sahabat tidak senang terhadap orang itu.
Maka, bersabda Nabi SAW:” Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya. Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya.“Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.”
(Hadis riwayat Muslim)Orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan. Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.Bukan itu saja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya.Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

No comments: