Wednesday, September 12, 2007

HAK-HAK YANG PERLU DISEMPURNAKAN SEBELUM PEMBAHAGIAN PUSAKA

Harta Pusaka
Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada harta alih atau harta tak alih atau apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya. (merangkumi aset dan liabiliti)

Harta Alih
Contoh: Wang Tunai, Akaun Simpanan, Akaun Semasa, KWSP, Insuran, Takaful, Saham, Amanah Saham , Tabung Haji, Barang Kemas, Kenderaan, Pakaian dll.

Harta Tak Alih
Contoh: Rumah, Bangunan, Tanah dll.

Hak-hak berkaitan dengan pusaka yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum proses pembahagiaan harta pusaka kepada waris yang berhak

a) Hutang

i) Hutang kepada Allah
Contoh: Zakat, Haji, Kifarat, Nazar, Fidyah dll

ii) Hutang kepada organisasi / individu
Contoh: Koperasi, Bank dll

b) Perbelanjaan Pengurusan Pengkebumian
Perbelanjaan yang dikehendaki untuk dilakukan terhadap si mati dari masa mati hingga dikebumikan

c) Melaksanakan Wasiat
Wasiat hanya untuk bukan waris sahaja dan tidak lebih 1/3 daripada baki harta pusaka

d) Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak

e) Pengisytiharan Hibah
Sekiranya si mati ada membuat dokumen hibah, maka harta yang dihibahkan akan terkeluar daripada harta pusaka (tiada had maksima harta yang dihibahkan)

Pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak
Apabila semua perkara di atas diambil kira, barulah baki harta pusaka yang tinggal akan dibahagikan kepada waris-waris yang berhak menurut prinsip faraid / permuafakatan waris

No comments: