Wednesday, September 12, 2007

APA ITU HARTA PUSAKA?

Harta saya hari ini.
Hari ini kita mempunyai pelbagai jenis harta sama ada kita sedari atau tidak. Antara harta yang kita miliki hari ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ), akaun-akaun simpanan atau semasa di bank, rumah, tanah, kenderaan seperti kereta dan motosikal, simpanan di Lembaga Tabung Haji, akaun pelaburan seperti di ASB, polisi insuran, polisi takaful, saham syarikat, saham koperasi, jam tangan rolex, barang kemas dan sebagainya. Pendek kata apa sahaja material yang merupakan milik sah kita dan mempunyai nilai adalah harta kita.

Harta pusaka saya hari esok.

Kesemua harta yang kita miliki di atas, sebaik sahaja kita meninggal dunia akan menjadi milik sah waris-waris kita mengikut Hukum Faraid. Mereka ( waris ) mempunyai bahagian ke atas harta pusaka itu mengikut kadar seperti yang ditentukan oleh Hukum Faraid. Semua orang mempunyai waris Faraid yang berbeza-beza.

Bagaimanakah harta pusaka ini diuruskan?

Harta pusaka adalah amanah yang mesti diuruskan dengan baik oleh pentadbir harta pusaka tersebut. Pentadbir pusaka boleh dilantik di kalangan waris-waris atau syarikat amanah berlesen. Dia (pentadbir harta pusaka) perlu menjalankan banyak tugas seperti mengumpulkan waris-waris, mendapatkan maklumat mengenai harta dan hutang si mati, memfailkan permohonan pusaka sama ada di Amanah Raya Berhad, Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, memegang secara amanah harta, mengagihkan harta pusaka dan sebagainya. Sesuatu urusan harta pusaka itu boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya pentadbir harta pusaka itu mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam menjalankan tanggungjawabnya. Masalahnya, ramai orang tidak tahu apa yang mesti dilakukan dan ke mana harus mereka pergi sekiranya mereka ingin menjalankan tanggungjawab ini.



Wasiat & Hibah untuk orang Islam.
Fungsi wasiat Islam. Fungsi utama dokumen wasiat Islam ialah memperuntukkan sebahagian daripada harta pusaka untuk tujuan beramal jariah. Peruntukan ini tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta pusaka untuk diberikan kepada bukan waris. Peruntukan ini juga perlu di tolak terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris yang berhak dilakukan.

Fungsi hibah. Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lain. Hibah dibuat semasa hidup tetapi pertukaran hak milik dibuat selepas kematian.


ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa : 11)


FAKTA DAN KEPENTINGAN WASIAT

Apa itu Dokumen Wasiat?
Wasiat adalah satu dokumen bertulis mengenai arahan-arahan si pewasiat tentang apa yang perlu dilakukan oleh wasi dan waris-warisnya selepas kematiannya. Arahan tentang bagaimana harta-harta pewasiat juga boleh dimasukkan ke dalam dokumen wasiat.

Kenapa dokumen wasiat penting?
Harta yang tidak mempunyai penama seperti hartanah, akaun simpanan dan semasa dan yang lainnya akan dibekukan apabila tuan punya meninggal dunia. Proses pewarisan harta-harta di atas tanpa dokumen wasiat akan mengambil masa lebih lama berbanding jika simati mempunyai dokumen wasiat.

Siapa yang perlu membuat wasiat?
1. Pemilik-pemilik harta
2. Ibu atau Bapa tunggal
3. Pasangan yang tiada anak
4. Pasangan yang mempunyai anak angkat
5. Pasangan yang tiada anak lelaki
6. Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun


KEPENTINGAN PENULISAN WASIAT.

PERLANTIKAN WASI – merupakan elemen terpenting didalam penulisan wasiat. Ini adalah kerana Wasi haruslah seorang yang amanah dan adil kerana tanggungjawabnya adalah memastikan harta si mati diagihkan secara adil dan setiap waris yang sah dan layak menerima bahagian mereka.

PENGISYTIHARAN HARTA SEPENCARIAN – wasiat akan memastikan Harta Sepencarian diperuntukkan kepada pasangan sebelum pembahagian harta mengikut Hukum Faraid dijalankan. Harta Sepencarian juga dianggap sebagai hutang kepada pasangan dan ia juga dapat memudahkan proses tuntutan pasangan dan melindungi hak pasangan.

PERLANTIKAN PENJAGA BAGI ANAK DI BAWAH 18 TAHUN – melalui wasiat, perlantikan penjaga bagi anak di bawah 18 tahun boleh dilakukan untuk menjaga kebajikan anak-anak sekiranya anda dan pasangan anda meninggal dunia secara serentak atau berturut-turut. Pelantikan penjaga yang sesuai akan menjamin masa depan anak-anak anda.

MEMBUAT KEBAJIKAN / AMAL JARIAH – di dalam wasiat, anda boleh memperuntukkan sebahagian daripada harta untuk diberikan kepada bukan waris (tidak melebihi 33%) bagi tujuan kebajikan. Amalan ini akan memastikan ganjaran yang setimpal dari Allah S.W.T.

SIAPA YANG PATUT BERWASIAT DAN PERLU MEMPUNYAI WASIAT?

Golongan dan Sebabnya :-

1. Orang yang tidak mempunyai anak - Sebab sebahagian harta akan diberikan kepada adik beradik si mati (75%).

2. Seseorang yang tidak mempunyai anak lelaki - Sebab sebahagian harta akan diberikan kepada adik beradik si mati (20%)

3. Seseorang yang mempunyai anak dibawah umur 18 tahun - Sebab untuk melantik penjaga bagi anak tersebut.

4. Seseorang yang mempunyai anak angkat / tiri - Sebab anak angkat / tiri tidak mempunyai hak dibawah Hukum Faraid.

5. Suami - Sebab untuk melindungi hak harta sepencarian isteri.

6. Isteri - Sebab untuk melindungi hak sepencarian suami.

7. Ibu / Bapa Tunggal - Untuk melindungi kepentingan anak-anak.

8. Anak - Untuk melindungi kepentingan ibu-bapa.


KENAPA PERLU ADA WASIAT?

1. Tempoh pengurusan / pentadbiran / pengagihan harta pusaka :- Dengan wasiat > Purata 6-8 bulan & Tanpa wasiat > Purata 5-30 tahun

2. Persepakatan waris :- Dengan wasiat > Dapat dicapai & Tanpa wasiat > Jarang dapat dicapai

3. Cara pembahagian dan peruntukan harta pusaka :- Dengan wasiat > Arahan jelas & Tanpa wasiat > Waris bertelingkah

4. Perlindungan hak anak-anak bawah 18 tahun :- Dengan wasiat > Hak dan kebajikan terpelihara & Tanpa wasiat > Hak anak-anak tidak mungkin tercapai

5. Perlindungan harta sepencarian pasangan :- Dengan wasiat > Pasangan mendapat hak dengan cepat & Tanpa wasiat > Pasangan terpaksa menuntut hak dan proses ini memakan masa yang lama

6. Kesinambungan perniagaan :- Dengan wasiat > Perniagaan dapat diteruskan seperti biasa & Tanpa wasiat > Risiko untuk perniagaan ditamatkan kerana pertelingkahan waris

PROSES PEWARISAN HARTA PUSAKA DENGAN WASIAT

MENINGGAL DENGAN WASIAT
V
WASI / PENTADBIR
Dilantik Pewasiat – Tiada perselisihan dan ketidakpuasan hati

(Peranan Wasi)
i. Mengumpul Semua Aset Pewasiat & Pengecualian Harta Hibah Dari Harta Pusaka
a) Harta Alih : akaun bank, ASB, ASN, Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji…dll.
b) Harta Tak Alih : rumah, tanah, ladang…dll.
ii. Perbelanjaan Pengkebumian
iii. Memungut Hutang & Melunaskan Hutang
a) Hutang Kepada Allah : haji, zakat, kaffarah…dll.
b) Hutang Kepada Organisasi : bank, LHDN, koperasi…dll.
c) Hutang Kepada Individu.
iv. Mentadbir Dan Mengagihkan Harta Pusaka Si Mati Kepada Waris-Waris
V
Ada Dokumen Wasiat
Kelebihan dokumen & klausa penting dalam wasiat:
i. Pengisytiharan Harta Sepencarian
Hutang kepada pasangan – Tuntutan lebih mudah, terjamin dan melindungi haknya.
ii. Wasiat 1/3 Kepada Bukan Waris
Kumpulan bukan waris dan waris terdinding boleh diperuntukkan wasiat.
iii. Perlantikan Penjaga Anak Bawah 18 Tahun
Penamaan penjaga untuk kebajikan dan kasih sayang kepada anak pewasiat
iv. Pengurusan Akaun Amanah Anak Bawah 18 Tahun
Perlantikan penjaga memastikan harta digunakan untuk jaminan masa depan anak pewasiat
v. Cara Pembahagiaan Harta
Pembahagian dibuat mengikut hasrat pewasiat seperti di dalam dokumen wasiat dengan persetujuan semua waris. Sekiranya ada waris tidak bersetuju, pembahagian tertakluk kepada hukum faraid bagi waris yang tidak bersetuju.
vii. Pengisytiharan Hibah
Hadiah kasih sayang kepada waris dan keluarga terdekat. Duti setem nominal RM10 berbanding pindahmilik konvensional/ sivil
V
Pengagihan Harta Pusaka Dijalankan Mengikut Hukum Faraid
V
Proses Penyelesaian Pusaka
Masa yang singkat ( purata 6-8 bulan )

PROSES PEWARISAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

MENINGGAL TANPA WASIAT
V
PENTADBIR

Persetujuan semua waris diperlukan / ketentuan mahkamah – Risiko perbalahan waris tinggi
V
TIADA DOKUMEN WASIAT

Masalah-masalah timbul tanpa wasiat:
i. Pengisytiharan Harta Sepencarian
Pasangan mengemukakan tuntutan dan pembuktian di Mahkamah Syariah
ii. Wasiat 1/3 Kepada Bukan Waris
Kumpulan bukan waris dan waris terdinding tidak mempunyai hak di bawah hukum faraid.
iii. Perlantikan Penjaga Anak Bawah 18 Tahun
Ketentuan Mahkamah dan Undang-Undang
iv. Pengurusan Akaun Amanah Anak Bawah 18 Tahun
Tanpa perlantikan wasi bertulis, proses pembahagian harta akan terdedah kepada manipulasi terutama bagi kes yang melibatkan anak bawah umur.
v. Cara Pembahagiaan Harta
Hukum faraid jelas menggariskan hak tetapi tidak menyebut jenis harta diwarisi – perbalahan kalangan waris menyulitkan pembahagian harta.
vii. Pengisytiharan Hibah
Mereka yang bukan waris, waris terdinding dan keluarga terdekat yang bergantung dengan anda tidak terbela selepas ketiadaan anda
V
Pengagihan Harta Pusaka Dijalankan Mengikut Hukum Faraid

V
Proses Pentadbiran Dan Penyelesaian Pusaka
Masa yang lebih lama ( 5-30 tahun atau lebih )

HAK-HAK YANG PERLU DISEMPURNAKAN SEBELUM PEMBAHAGIAN PUSAKA

Harta Pusaka
Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada harta alih atau harta tak alih atau apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya. (merangkumi aset dan liabiliti)

Harta Alih
Contoh: Wang Tunai, Akaun Simpanan, Akaun Semasa, KWSP, Insuran, Takaful, Saham, Amanah Saham , Tabung Haji, Barang Kemas, Kenderaan, Pakaian dll.

Harta Tak Alih
Contoh: Rumah, Bangunan, Tanah dll.

Hak-hak berkaitan dengan pusaka yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum proses pembahagiaan harta pusaka kepada waris yang berhak

a) Hutang

i) Hutang kepada Allah
Contoh: Zakat, Haji, Kifarat, Nazar, Fidyah dll

ii) Hutang kepada organisasi / individu
Contoh: Koperasi, Bank dll

b) Perbelanjaan Pengurusan Pengkebumian
Perbelanjaan yang dikehendaki untuk dilakukan terhadap si mati dari masa mati hingga dikebumikan

c) Melaksanakan Wasiat
Wasiat hanya untuk bukan waris sahaja dan tidak lebih 1/3 daripada baki harta pusaka

d) Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak

e) Pengisytiharan Hibah
Sekiranya si mati ada membuat dokumen hibah, maka harta yang dihibahkan akan terkeluar daripada harta pusaka (tiada had maksima harta yang dihibahkan)

Pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak
Apabila semua perkara di atas diambil kira, barulah baki harta pusaka yang tinggal akan dibahagikan kepada waris-waris yang berhak menurut prinsip faraid / permuafakatan waris

DALIL BERKENAAN WASIAT

“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya”. (Surah Al-Baqarah : 180)
“Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”. Hadis Rasulullah S.A.W (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apabila seseorang itu meninggal, adalah wajib bagi yang masih hidup menyempurnakan salah satu hak si mati iaitu: Hak Allah


Ia bermaksud segala hutang si mati kepada Allah, seperti zakat, menunaikan haji fardu, pembayaran pelbagai kaffarah (tebusan) seperti kaffarah sumpah, dzihar, jimak ketika dalam ibadat puasa Ramadan atau dalam ihram haji atau umrah, membunuh nyawa dan sebagainya.
Perlu diingat, antara hutang zakat dan haji, hendaklah didahulukan zakat. Jika tidak ada baki wang setelah menunaikan zakat, maka hutang haji gugur terhadap diri si mati. Selanjutnya terpulanglah kepada waris atau sesiapa sahaja yang berniat untuk menghajikan si mati dengan ongkos mereka sendiri, jika mereka mahu.
Melunaskan hutang kepada Allah wajib didahulukan daripada hutang kepada manusia.


Pesan Rasulullah: Wajib Bayar Hutang Walaupun Meninggal


DARIPADA Abu Hurairah katanya: ”Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu, sahabat tidak senang terhadap orang itu.
Maka, bersabda Nabi SAW:” Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya. Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya.“Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.”
(Hadis riwayat Muslim)Orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan. Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.Bukan itu saja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya.Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

KERATAN-KERATAN AKHBAR






KERATAN-KERATAN AKHBAR






WASIAT



HIBAH



KEPADA RAKAN MUSLIM



Sekiranya anda tidak mahu harta anda dibekukan dan waris anda menunggu selama 50 tahun untuk mendapatkan harta yang anda telah kumpulkan untuk mereka. Anda juga tidak mahu harta yang anda kumpul selama hidup anda terserah kepada orang lain selain pasangan dan anak-anak anda.
Kami ada penyelesaiannya. Ini kerana, kami PAKAR PENGURUS PERANCANGAN HARTA secara Islam. Jangan harapkan pada cara pembahagian faraid sahaja tanpa kehadiran DOKUMEN WASIAT.


Sila hubungi:-

Johari Bin Mohd Yunus
Perunding Wasiat & Hibah
Penggerak Sabah/Labuan AGW15
HP : 014-6744248
Email : jbmy5251@yahoo.com.my